16 July 2012

Miskin bila beli Jalur Gemilang



Assalamualaikum dan salam sejahtera

  1. Apa yang anda bayangkan bila terlihat tajuk entri saya kali ini? Miskin bila beli Jalur Gemilang? Pasti ada sesuatu yang menarik yang ingin saya kongsikan bersama kalian.
  2. Dengan tidak merujuk kepada kamus, istilah “miskin” mungkin difahami umum sebagai tidak mempunyai apa-apa, rendah martabat, kurang berkemampuan dan sebagainya.
  3. Manakala perkataan “beli” pula mempunyai makna perbuatan pertukaran antara barang dan nilai matawang.
  4. Jalur Gemilang merupakan nama bendera kita. Umum nya sebagainya rakyat Malaysia, kita seharusnya tahu akan nama bendera kita.
  5.  Pagi tadi, sambil memandu kereta menghantar adik ke sekolah, dalam siaran radio ada membuat satu sisipan segmen berbentuk mesej peringatan. Lebih kurang ia ingin menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia bahawa pentingnya mengibarkan Jalur Gemilang, walaupun bukan pada bulan kemerdekaan.
  6. Jika anak kecil mampu membeli dan mengibarkan Jalur Gemilang di atas basikal mereka, mengapa tidak kita yang dewasa ini juga mengibarkan Jalur Gemilang? Kibarkan atas kereta, di hadapan rumah, di sekitar pejabat, di perkarangan kompleks pejabat, sekitar kampung dan sebagainya.
  7.  Kos satu bendera Jalur Gemilang tidak sampai RM10.00.
  8. Jadi apa alasan kita untuk tidak mengibarkan Jalur Gemilang?
  9. Jangan tunggu subsisidi bendera, tunjukkan semangat cintakan negara.

p/s: Kibarkan Jalur Gemilang adalah salah satu cara menyerlahkan rasa cinta akan negara kita. Lebih banyak lagi cara yang boleh dibuat untuk menyampai rasa cinta akan negara.

No comments:

Post a Comment

Thank you.