19 July 2012

Kementerian Benar Pelajar Bawa Telefon Bimbit Sesi Sekolah 2013

PUTRAJAYA 16 Julai - Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.


Petikan akhbar Utusan, 17 Julai 2012


Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.


Senario yang mungkin berlaku pada sesi persekolah 2013 nanti
Pandangan saya:

Rata-rata rakan blogger dan enjin carian internet hangat memperkata tentang isu kebenaran membawa gajet ke sekolah pada sesi persekolahan 2012 kelak. Sebahagian ibu bapa dan masyarakat ada berpendapat bahawa perkara ini langsung tidak wajar. 

Kebenaran membawa gajet mungkin membawa lebih banyak masalah kepada ibu bapa, pelajar dan pihak sekolah pada masa hadapan.

Namun bagi saya, setiap perkara itu perlu diteliti dan diamati. Selepas membuat pelbagai analisis dari banyak sudut, baharu lah kita memberi pandangan. Setiap pandangan pula tidak semestinya mendapat persetujuan daripada semua pihak kan? Sisi pandang manusia berbeza-beza.

Berikut saya senaraikan beberapa kekuatan dan kelemahan isu gajet ini. 

Kekuatan / Pro

Terus terang saya katakan, kata kunci (poin) yang bermain di fikiran saya ketika ini adalah untuk kemudahan ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa kini lebih sibuk bekerja. Tambahan pula kebanyakan mereka tinggal di kota dan mengupah perkhidmatan luar seperti bas dan van untuk mengambil dan menghantar anak-anak ke sekolah. 

Ibu bapa lebih senang hati jika mengetahui keselamatan anak-anak mereka dan dapat memantau aktiviti anak-anak dari tempat kerja. Mereka boleh telefon, SMS, panggilan video dan sebagainya.

Zaman teknologi kini turut melengkapkan beberapa gajet pintar dengan sistem carian satelit (pernah terdengar, maaf lah belum buat kajian lagi). Hal ini memudahkan ibu bapa dan pihak berkuasa memeriksa lokasi terakhir anak-anak jika mereka ditimpa kemalangan, diculik dan sebagainya.

Kelemahan / Kontra

  • Masalah kecurian berleluasa
  • Tumpuan pelajar / guru terganggu
  • Masalah kepada pihak pengurusan


Tiga poin diatas mungkin (atau AKAN) menjadi kenyataan pada sesi persekolahan akan datang. Tumpuan guru akan terganggu dengan bunyi telefon ketika di dalam kelas. Masalah kecurian turut berleluasa. Hal ini dapat kita ramalkan, apabila mungkin sesetengah pelajar tidak mampu memiliki gajet idaman mereka, mereka akan mencari alternatif lain untuk mendapatkannya. 

Ini adalah contoh sahaja. Kajian yang dibuat oleh UC Researcher (Universiti California, Berkeley) menerangkan hasil kaji selidik mereka mendapati orang kaya lebih cenderung untuk menipu, tidak beretika dan suka MENCURI. 

Kalau pelajar dari keluarga yang kurang mampu untuk memberi anak-anak mereka gajet-gajet terkini? Mereka mungkin akan menerima kesan psikologi atau tekanan dari rakan sebaya. Kemungkinan diejek, dicerca oleh rakan lain kerana tidak memiliki gajet.

Proses Pelajaran dan Pembelajaran terganggu


Bukan itu sahaja, pelajar akan menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab. Mereka lebih terdedah kepada ejen jualan kad prabayar dan gajet-gajet. Anak-anak kita akan terpedaya dan kelak memaksa kita untuk memenuhi kehendak mereka. Sukar nya menjadi ibu bapa.

"Tidak dilayan anak tarik muka, lagi dilayan naik kepala"

Lebih membimbangkan, anak-anak menjadi sasaran perompak! Mereka yang tidak berperikemanusian ini langsung tidak peduli, asal kan mereka dapat apa yang mereka mahu dari anak kita - GAJET. Anak-anak kita kelak menjadi lubuk emas bagi perompak diluar sana.

Penyelesaian
Sepanjang persekolahan saya dahulu, guru yang sedang mengajar tidak pernah menjawab panggilan telefon. Mereka biasa memberikan nombor telefon pejabat sekolah jika mempunyai hal kecemasan dan sebagainya. Saay percaya setiap sekolah sudah mempunyai pembesar suara yang boleh panggil guru untuk ke pejabat. Teringat kata Emak,

"Dulu masa sekolah (1975), setiap kelas ada pembesar suara. Bila dengar bunyi mikrofon diketuk-ketuk, seisi kelas diam dan menumpu perhatian. Guru besar suka panggil cikgu sekian-sekian untuk ke pejabat."

Begitulah gambaran sekolah pada tahun 1975. Sekarang sudah tahun 2012 dan saya sangat yakin sekolah pun sudah maju.

Menyentuh isu keselamatan, pengurusan sekolah mengupah perkhidmatan pengawal keselamatan. Pakguard dan Makguard diberi tanggungjawab memastikan anak-anak selamat ketika berada di kawasan persekolahan. Tambahan pula, setiap minggu ada guru-guru dilantik menjadi Guru Bertugas turut membantu dalam hal ini.

Langkah yang telah lama diambil oleh Kerajaan negeri Terengganu adalah dengan memperkenalkan komputer riba (e-book) untuk mengatasi masalah buku teks yang banyak. Komputer riba berkenaan diset kepada masa tertentu, dan dikawal pengunaan nya. Setiap sekolah juga mempunyai makmal komputer mereka sendiri. Jadi relevan kah gajet jika alasan ini diguna pakai?
Mungkinkah?

17 comments:

  1. peh..klu lah skolah ak dulu leh bwk smart phone....mmg letak nota dlm tu je r..snang tiru..ahha

    ReplyDelete
  2. @YSH BELL

    alamak lah shah, tak kan nak dikenang zaman dulu,

    kat kain pelikat (sampin) pun ada tulis formula math.. hehehehe

    tak yah gajet2 bagai..

    ReplyDelete
  3. bdk skang tak pro meniru..tak pandai utilize resource..ahhaha

    ReplyDelete
  4. @YSH BELL

    setuju!

    abih la meja, kerusi, geriji tingkap ada nota2 penting untuk exam..

    haha, sweet times though.

    ReplyDelete
  5. @Harimau Berantai

    agak tak adil lah, tapi dengan fakta2 (lah sangat) sy berikan dalam entri ni, tak pe kot..

    ReplyDelete
  6. http://anzulnashome.blogspot.com/2012/07/three-days-to-go-how-would-it-be.html

    ReplyDelete
  7. hahaha . abih la budak zaman sekarang . hehe :)

    ReplyDelete
  8. dunia dh maju mcm gini la jd nya..bertambah2 la ilmu bwak toyol msuk kelas jap g..hahaha..

    *eh!eh!mcm ada pengalaman je kite ni kan..hehehe.. :P *

    ReplyDelete
  9. tp paling best bile meniru de teamwork...ahahha

    ReplyDelete
  10. makin maju...sistem pendidikan pn dh upgrade....hmmm...sukar nk bg pandangan..ada pro n cons nya..hope decision terbaik la yg diorg buat

    ReplyDelete
  11. hmmm patutnyerr diaorg pikir masak2 ish3 hmm makin teruklah nanti disiplin diaorg

    ReplyDelete
  12. betul ckp awk @Detective Fiqa , diorang seharusnya fikir secara mendalam, bukan main2 saje.

    ReplyDelete
  13. mudah-mudahan @Yumida .. kita boleh doakan yg terbaik saje demi anak2 muda Malaysia.

    ReplyDelete
  14. Malaysian education after independence,so many changes and yet keep changing... :yaoming:

    ReplyDelete
  15. mcm2 yg dh berubah. hujung2 student yg berkualiti pun berubah nanti. bole extinct. too many negative side i thinks.

    ReplyDelete

Thank you.